dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kdb & Advokasi Bersama Peserta Program Penetapan Target Smk Belawai

20 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2020, seramai 18 orang peserta dari Kampung Belawai, Kampung Rajang, dan guru-guru SMK Belawai telah menghadiri taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi serta pengenalan mengenai Pusat Internet yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Jerijeh. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak dan Advokasi diadakan bagi memberi pendedahan tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.

Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.